Quantcast
Channel: hafizahharuno
Viewing all 52 articles
Browse latest View live

Anime Bulan Ini #01

$
0
0
yaaa... aku dah lama tak update. Sibuk baru-baru ni.
Kali ini aku nak buat segmen baru kat blog aku ni. Aku nak review anime yang aku dah habis tengok ni. Haa, korang jangan nak expect lebih plak kot kot aku ada review anime yang segar dari ladang. Aku ni jenis yang tak kejar anime baru, macam yang trending sekarang ni, Shinteki no Kyojin? haaa betul ke tak aku tulis ni atau dalam english di panggil Attack on Titan. Sorry lah, aku pun banyak je anime lain yang tak habis, macam mana aku nak follow up yang baru-baru? Aku sendiri pun tengok apa yang aku nak tengok je.

Ok, kali ini aku nak bercerita pasal anime yang baru aku habis tengok ni.

---------------------------------------

ROSARIO + VAMPIRE




Sebab musabab aku layan

Anime ni dah lama. Tahun 2008 tak silap. Aku tengok pun sebab aku selalu layan OST (Original Soutrack) dia. Lagu OP + ED di nyanyikan oleh Nana Mizuki. Heh, Nana Mizuki gak artis J-Pop feveret ahkak~~ Dan, watak utama dalam anime ni, Akashiya Moka (yang rambut kaler pink tu) dihidupkan oleh Nana Mizuki gak. hewhewhew~

OP + ED datang dari single ini.

Sinopsis

Memula sekali watak utama lelaki ni namanya Aono Tsukune masuk kat satu sekolah ni namanya Akademi Yokai (Yokai Academy). Sekali dia tereksiden dengan awek ni, Akashiya Moka. Akashiya Moka ni seorang pontianak pun sama murid baru sekolah ni dan terasa amat teruja sekali bertemu ngan kawan baru. Dia g tau Tsukune yang sekolah ni untuk makhluk yang bukan manusia yakni monters laa, dan seorang maknusia tak leh skola kat sini. Alamak, apa plak jadi kat Tsukune tu? Dia kan maknusia biasa. Haaa ayooo...korang tengoklah sendiri penyudahannya~



Komen dari aku

Anime ni memang BEST. Nak kata berkonsepkan vampire, tak gak sebab segala mala makhluk ada dalam anime ni. Lagi satu, aku ingat anime ni boleh di kategorikan sebagai ecchi lah sebab anime ni jujur giler pakai skirt pendek angin tiup terselak sampai nampak sepender. Even Sailormoon yang sebelum ni aku tengok pun loncat sana loncat sini tak de plak nampak sepender kan? Pastu ada babak yang agak memeranjatkan aku sikit, tapi, not the big issue. Maklumlah, aku ni sebelum ni tengok anime yang suci-suci jer. Tapi, overall, memang best, fighting part, romance, klako semua ada. Ada part tu sampai aku boleh gelak macam tengok lawak Sepah.

***********************

ROSARIO + VAMPIRE CAPU 2

Musim 2

Komen dari aku

Season 2 ni pulak tak de lah banyak beza pun dari siri sebelum ni. Cuma ada sikit penambahan watak, macam timbulnya adik Moka yang macam haram punya perangai. Dan lagi satu, kelawar yang selalu bagi tempoh masa Moka mengalahkan musuh dia tu dalam siri sebelumnya tu.


Adik lain mak. Shuzen Kokoa.

tu kelawar yang bertenggek kat bahu Kokoa dah transform jadi maknusia. Kotaro Ijuin. Bajet hensemlah!

OP + ED yang korang leh dapat dari single ni

****************************
Watak-watak:

Aono Tsukune
Satu-satunya maknusia yang belajar kat Akademi Yokai. Selalu pagi-pagi sebelum masuk sekolah dan akhir episod, darah kena hisap dengan Moka. Selalu kena gangguan seksual. ahahahhh. Dia je yang leh tarik rosary a.k.a salib yang tergantung kat leher Moka untuk Moka mentransformkan diri menjadi pontianak.

hahaha, macam maneh je aku tengok.

Akashiya Moka
Dia ni sebenarnya seorang pontianak. Bila salib dah tanggal, lemah lembut dia hilang entah ke mana. Sekali dia sepak, masuk ICU kau!

 Bila salib dah tanggal. Segala-galanya besar. Mana satu korang prefer? Bagi aku yang ni nampak cool. Boleh jadi lagi gerun dari Tsunade.

Kurono Kurumu
haiyo ini awek banyak bahayalah. Seorang succubus ataupun setan fomfuan. Dok berebut Tsukune dengan Moka.

tranformed.

Yukari Sendo
Dia ni paling muda antara mereka diatas. Disebabkan kepandaiannya, tu yang dia belajar sama tahun dengan watak yang lain. Seorang ahli sihir. Selalu jadi cari pasal dengan Kurumu. 

Shirayuki Mizore
Watak paling kool sekali. Selalu nyonyot lollipop. Emaknya pun sama. Emak dia dengan emak Kurumu rival dari dulu lagi. Aduhh, memang kelakar time tu.

Toujo Ruby
Watak feveret aku. Dia ni macam sengal-sengal sikit. Seorang ahli sihir, tetapi bukanlah pelajar Akademi Yokai.

Morioka Ginei
Pervert untuk anime ni. Selalu amik gambar curi-curi kat bilik persalinan fomfuan. Kengkadang, meraba pun ada. Presiden Kelab Akhbar dan juga seorang serigala jadia (werewolf)


Siapa yang tak tengok lagi, boleh lah tengok. Jumlah episod tak de banyak sangat, kedua-dua siri dalam 13 episod. Kau tengok satu malam pun boleh habis.

Rate: 4/5





Setelah beberapa bulan

$
0
0
Hai korang!

Aku banyak sangat kerja sebenarnya. Tak dapat nak update sangat.

Just nak update kat korang yang aku dah tengok Gintama. Setakat ni, sampai episod 50 lebih.
Watak feveret aku plak, haruslah lelaki yang berambut panjang ittew....hahahahhh~

Katsura Kotarou

Preview aku dah tulis sebelum ni. Jadi, buat apa aku nak review kann? Memang anime ni sangat best, dan kalau korang peminat anime, MESTI kena tengok anime ni. Sekarang episod terbaru, menurut laman web tokyoinsider (download dari sini) sudah 265. Tak pe, pelan-pelan kayuh naa. Korang kan hebat, sekali tengok maunya 10 episode. Hari-hari tengok? haaa kau..

Perkara yang ke dua pulak, Shingeki no Kyojin / Attack on Titans yang trending tu pun aku dah habis tengok. Aku tengok online, time bosan dah habis paperwork semua kat office. haaa, tengok online, baru boleh habis. Sebelum ni, aku ada download anime Sword Art Online pun tak habis tengok gak. Aku follow kat ntv7, pun tak terfollow sebab pagi-pagi aku nak uruskan rumah semua. Ada masa, aku akan review anime ni dan perasaan aku tentang anime ni.

Ketiga, anime Angel Heart. Itupun aku tengok baru sampai episod 26 macam tu. Anime ni best, ada masa aku review.

datang dari pencipta City Hunter, Tsukasa Hojou.

Ok, aku chaw dulu. Ada masa, korang singgahlah blog aku ni. Aku sendiri pun teringin nak aktif berblog, tapi, blog pun sendu. Nak buat macam mana kan?



Sikit-sikit kat Comic Fiesta 2013

$
0
0
Bulan 12 lepas ada Comic Fiesta / CF'13 macam biasa, kat KLCC. Nih ada sikit aku amik dari CF'13

Mikasa dan (aku tak ingat nama, Berthold ke apa ntah) dari SnK

ni lukisan dia nak lelong tu. Price start dari (sorry, aku lupa lagi!). Setakat ni kat FB CF tak der update pasal benda ni, ke, aku yang terlepas?

ni yang kat dalam booth Gempak Starz tu. Dia buat macam galeri sikit

ni kat luar. Hatake Kakashi dari Naruto Shippuden

puak-puak Naruto dari anime Naruto Shippuden. Dari kiri; Konan-Sakura-Naruto versi perempuang-Hinata versi terlebih makan (jangan marah, aku gurau)- Hatake Kakashi versi rambut tak dan bubuh gatsby(gurau juga)

Sebby a.k.a Sebastian Micheallis (betul ker aku eja) dari anime Kuroshitsuji (Black Butler). Hensem kan?

Sakata Gintoki dari Gintama. Korek hidung plak dia.

Di sebabkan aku kena beratur teruk tahun lepas, tahun ni (2013) aku dah beli siap-siap kat Animangaki yg diadakan lepas raya hari tu. Menurut sumber yakni kengkawan aku, diorang mai awai, tapi kena gak beratur panjang. Jadi aku amik keputusan untuk keluar rumah lewat (dlm jam 12 noon), mmg pi naik LRT, maka sampai sana pun hampir jam 1.00. 
Aku sampai sana, kena beratur gak, tapi, beratur yg terus jalanlah. Tak ada tercongok berdiri jer. Keadaan dalam, memang sesak, kengkadang nak jalan pun payah.

Pengunjung tahun ni. Angka sebenar seramai 39,855 orang. Sumber dari FB CF. Padanlah ramai noks!

Memang sakit kaki. Esoknya kerja, aku terus amik MC. hehehehe. Selasa kerja, Rabu cuti besday Sultan Selangor. 
Lepas ni CF sesuai buat kat mana yer? KLCC (Pusat Konvensyen) macam dah tak sesuai sebab makin lama, makin ramai plak pengunjung. Macam mana kalau kat Stadium Bukit Jalil? erm, maksud aku Stadium Putra Bkt Jalil? Stadium tu agak tertutup, pastu banyak event buat kat situ. Tak silap aku, masa team WWE (wrestling) datang masa tahun 2003 tak silap, pun buat dlm tu. Ok lah kot bagi aku, cuma agak bosan sikit sebab nanti nak makan tak de tempat. Gerai-gerai sekitarnya pun mungkin penuh giller!

Mochachino satu!!

$
0
0
Lunch dan aku kempunan rotiboy. Aku menggagahkan diri menuju ke Subang Parade. Dah sampai rotiboy, aku pun menghoderkan diri.

"Mochachino satu!"

Cashier India tu pun jawab, "haa?"

"Mochachino satu!" seraya membongkokkan badan sedikit sambil membuat angka satu dengan menggunakan jari.
Lantas, aku terfikir, "apasal panjang sangat nama roti dia nih? bukan ada 'boy' ke kat belakang?" Aku dongak sikit tengok menu.

"Halamak. Mochaboy lah!" gesa aku dalam hati.

"teheee, mochaboy satu....mochaboy satu...!" aku cakap kat cashier India tu. Malu dowh....!

Dah bayar, terus berambus selaju-lajunya. Tengah jalan berfikir, "dari mana aku dapat perkataan mochachino ni yer?"

"....ohh, dari instant coffee kaler perpel (colour purple) yang selalu aku beli kat K4 (carrefour) tu...nama dia mochachino..." nampak sangat aku dah lama tak beli dek kesuntukkan wang.

"hahahahahahah"



*sori gambar takde. malas hakak nak senep (snap). Tengah makan nih!

# AFA MY 12 : Bhg 1 - Moral

$
0
0

"Eh apa ni Pzah? Kau belum cerita lagi, tetiba masuk moral plak! Kau ingat ni sekolah? First period pendidikan moral!!"

Sabar dulu. Biar aku cerita dulu.

--

9 dan 10 Jun lepas terjadinya acara Anime Festival Asia yang julung kalinya diadakan di negara kita yang kengkonon aman dan sentosa.Sebelum ni dia buat kat Singapura. Tahun lepas FLOW datang performed kau tau!! Kat Indonesia pun buat lagi. So, next bulan September ni, AFA jengah Indon! Indonesian jangan lupa pergi tau! Seronokkkkk~

Nak masuk sini kena ada tiket. Hapa kau hingat, pereee (free)??? 


Nak di pendekkan cerita, seat kau tak boleh pilih cam kau nak tengok wayang. Kau pilih nak row mana, straight kau dapat seat.


Aku dapat seat row kanan J46. J dowh! mesti belakang. Tensi hakuuuu...

Di pendekkan lagi, yakni hari acara *bahasa Indonesia plak* biasanya  9 - 10hb period aku sampai. Tengok-tengok tak ada. So, kau nak layan konsert ke, tak ke, even kau sakit pun kena gak solat kan? Aku pun penat masa tu dok ulang-alik antara AFA dan Ekspo Belilah Barangan Buatan Malaysia tu. Last-last lepas Asar aku malas dah keluar surau. Member aku ni pula mesej-mesej suruh ke mari. Aku kata malas dah, lepas Maghrib baru aku keluar. Biarlah, lambat pun lambat, janji aku solat. 

Sambil-sambil nak tunggu Maghrib, aku duduk saja, bosan, aku cari Al- Matsurat. Tak de plak. Aku pun bacalah Yasin. Dah habis, duduk saja lagi sambil mengusha tangan siapa yang ada tag.

Dalam tanya-tanya tu, dapatlah kawan baru. Hihi. Tanya lagi, tak de pun yang pergi. Huhuhu, nampaknya, aku soranglah nanti. Malam-malam lak tu jalan.

Dah selesai solat, jumpa sorang ni. Tengah masukkan telekung dalam beg. Haku pun tanyalah, "pergi konsert tak?" dia pun jawab, "pergi!" wah, seronoknya aku. Ada gak la teman buat jalan ke konsert. tak de lah risau. Semasa jalan, masing-masing tanya, "datang sorang ker?" Kawan tu ngan kawan dia, tapi kawan dia period. Jeles mak tau!! Aku pun tanya, "ni datang mesti nak tengok FLOW kan?" Semua iya kan aje. Ah, seronoknya!


Masuk dah, kalut cari seat. Aku pun carilah seat aku. J, pastu no 46, mak aiii....hujung dowh. Ahhh, lecehlah  ! Ni mesti aku kena jadi zirafah ni. Seat aku hujung, tepi pagar. Agak jauh ke centre gitu! Aku pun usha seat lain. Ada tepi ke centre, aku pun duduklah. Selamber! Seat G kot tak silap aku. Pergh, gila depan!

Sepanjang aku duduk kat situ, tak de siapa pun yang tuntut, "hei, ni tempat aku!" , "hey, this is my seat," takder. Orang lain semua tak peduli. Janji enjoy. Aku pun bersyukur sangat sebab, walaupun belakang sikit, tapi aku boleh dapat nampak jelas wajah artis semua.

So, kalau aku masuk awal, tinggal solat, aku mesti duduk kat seat aku tu pastu jadi zirafah. Aiii, tensionmaknak!!



#ntah hapa la aku merepek nih! 

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Watak Kegemaran

$
0
0
Aku sertai kontes ni. Klik sini.





WATAK KEGEMARAN: UCHIHA ITACHI


Dalam banyak-banyak anime aku tonton, hanya satu je watak yang paling...paling aku berkenan. Aku tak tau kenapa, 80% peribadi Uchiha Itachi adalah menepati ciri-ciri lelaki idaman aku. Kenapa?

Aku suka lelaki yang berambut panjang. Sebab berambut panjang tu nampak hot. Tapi, takmo lah panjang sangat. hihi.
Aku suka lelaki yang bertanggungjawab. Tanggungjawab tentang hal dunia dan akhirat (agama)
Aku suka lelaki yang sangat sayangkan keluarganya. Keluarga dia dan keluarga aku.
Aku suka lelaki yang patuh pada arahan. Tapi dalam isu dunia nyata ni, kau janganlah patuh sangat macam anjing kan? hohoho...
Aku suka lelaki yang sayangkan adik-adik aku macam dia sayang adik dia sendiri.

Eh, macam dah keluar topik! Itu antara penyebabnya.

Penyebab sampingan adalah Uchiha Itachi berkongsi zodiak dan bulan hari kelahirannya. Itachi punya besday pada 9 Jun dan sepuluh hari kemudian besday aku pula. ececec...

Itachi ada seorang adik dan dia sangat sayangkan adiknya. Ye, aku pun macam tu, tapi adik aku bukan seoranglah, 2 orang. KEMBAR. Dan, bagi aku, segala macam priority semua, aku mesti utamakan adik aku dulu. Diri aku lain citer. Ini semua aku telah belajar dari Itachi yang perhubungan adik-beradik sangat kuat dan tidak akan terputus.

Dan satu-satunya quotes dari Itachi yang aku pegang:

"You don't have to forgive me. No matter what you decide from now on, I will love you forever."

-Sekian-


aku menangis mengenangkan scene tersebut.



[Ulasan Anime] #02: Clannad & Clannad ~After Story~

$
0
0
Ramai yang cadangkan anime ni untuk di tonton. Katanya, sedih sangat, kau tengok, konfem nangeh. Aku pun, iye kerrr? aku jenis yang susah untuk mengalirkan air mat, jadi aku ingin mencabar diri aku sama ada aku boleh mengalirkan air mata atau tak. Kalau tak pun, paling kurang, ada perasaan sedih pun, jaaadilaaahhh!

Anime ni ada 2 musim dan sequelnya di namakan Clannad ~After Story~. (Sumber Anime News Network) anime ini diterbitkan pada tahun 2007, iaitu tahun mula-mula aku berjinak-jinak dengan anime dan pada hemat aku, anime yang dikeluarkan pada sekitar 2007 - 2008 memang best-best!

Mari kita mulakan dengan Clannad (musim 1)

Sinopsis:

Okazaki Tomoya ialah pelajar sekolah tinggi tahun ketiga yang begitu marah terhadap hidupnya. Ibu dia meninggal dunia akibat kemalangan kereta masa dia kecik lagi. Sebab mak dia mati tu, abah dia minum harak (alkohol) dan berjudi macam Tsunade (ok, ni aku tambah). Ada sekali tu, Tomoya bergaduh dengan abah dia sampai bahu Tomoya cedera. Semenjak dari itu, hubungan Tomoya dengan abah dia tak berapa baik dan menyebabkan beliau menjadi budak gangster (yang tak berapa gangster sangatlah!)

Satu hari, dia berjumpa dengan seorang awek pelik, nama beliau Furukawa Nagisa yang merupakan setahun lebih tua. Nagisa selalu repeat paper sebab dia asik sakit jer. Oleh itu, dia selalu menyendiri sebab kawan sebaya dia dah naik ke tahun lain. Dari situ Tomoya start lepak dengan Nagisa dan dia mendapati hidupnya semakin berubah sedikit demi sedikit.

Komen aku:

Ikutkan aku, memang aku tak berapa berkenan sangat anime yang berlatar belakangkan sekolah. Tapi, setelah aku menonton anime ni, of course lepas tu, aku nak tengok lagi. Sebelum ni aku ada tengok anime Lucky Star, bagi aku anime tu macam bosan, asik cakap-cakap je. Bila masuk anime lain bergendre sekolah bagai, aku jadi macam trauma. Tapi, bila aku tengok anime ni memang best dan tak ada bosan langsung. Dan sebut pasal sedih, mungkin anime ni belum sampai tahap sedih lagi. Oh ya, tang episod Ichinose Kotomi tu sedih, tapi belum tahap keluar air mata.

Clannad ~After Story~ (musim 2)

Sinopsis:

Bersambung dari siri satu; bagi Tomoya, apa yang telah berlaku, hidup harus diteruskan. Beberapa bulan lepas tu, Tomoya mengaku yang dia cintakan Nagisa. Kini telah memasuki semester baru, dah macam-macam jenis orang yang dia temui dan juga hubungan cinta mereka lebih bertambah mesra. Melalui hubungan itu, Tomoya mengetahui betapa pentingnya hidup bekeluarga. Malangnya, setelah Tomoya kahwin dengan Nagisa, dah benda tak diingini pulak berlaku....

Komen aku:

haaa...dah masuk musim baru, semua watak yang ada berjaya dikembangkan. Nak-nak lagi member si Tomoya, Sunohara Youhei kena cari awek sebab nak tunjuk kat adik dia yang dia pun ada awek gak. Kat musim ni juga kita boleh dapat tahu sejauh mana hubungan Tomoya x Nagisa yang akhirnya berakhir ke jinjang pelamin walaupun perkahwinan Jepun tak guna pelamin (haha) dan juga, hubungan Tomoya dengan abah dia, dah elok ker belum? haaa gitu!

Dalam siri ni lah kot start sedihnya kan. Tapi bagi aku memang tak mengalir air matalah. Sedih tu, memang sedih dan kesedihan itulah telah di 'troll' kan. hahahahahh! Troll? nak tau, korang tengoklah sampai habis!

Watak-watak:

Okazaki Tomoya
  • Watak utama anime nih. Pakwe Nagisa. Sangat benci kat ayah dia yang menyebabkan bahu beliau cedera.

Furukawa Nagisa
  • Heroin citer nih. Awek Tomoya yang last sekali jadi waifu (bini) Tomoya. Amat ambil berat tentang Tomoya, selalu menasihati Tomoya tentang abah Tomoya. Isteri impian para otaku / anime fans di luar sana.

Fujibayashi Kyou
  • Awek rambut panjang kaler purple ni giller garang. Ada kembar namanya Fujibayashi Ryou. Watak diorang ni lebih kurang dengan watak si kembar dalam anime Lucky Star, yang akaknya gila2 garang manakala adiknya cam lembut, takut2 sikit. Kyou ada bela babi kenit namanya Botan (Tonton Tsunade lagi comel) dan dalam siri 2, Botan dah besar gila babi (hahahaha)

Ichinose Kotomi
  • Kawan masa kecik2 Tomoya. Dia ni kalau main biola, memang hazabedah. Gila seram, lebih seram dari filem Jangan Pandang Belakang arahan anak Khatijah Tan itu. Sifat lemah lembut lebih kurang Hinata.

Sakagami Tomoyo
  • Watak feveret aku. Idola pelajar pompuan kat sekolah. Terer segala-galanya. Ada satu episod extra dimana Tomoyo di couple kan dengan Tomoya. Giller sweet weh!! Lagi sweet dari Nagisa. Bagi aku, Tomoyo x Tomoya sama cantik, sama padan. Sayangnya, itu cuma episod extra jer...

Ibuki Fuko
  • dia ni perangai macam budak2 sikit. Suka buat bintang daripada kayu. Mula2 aku tak heran sangat sampai dah episod berapa ntah, dia ni jadi macam annoying gila. Dalam siri ke-2, dia dikhabarkan baru pulih dari sakit. Ntah lah, aku malas nak amik tahu sebab dia watak paling aku tak suka!

Sunohara Youhei
  • Member baik si Tomoya. Perangai macam masuk air sikit. Kengkadang ada sikit gatal kat pompuan. Kelakar lah dia nih! Ada adik nama Sunohara Mei. Kat belakang tu Sagara Misae, warden asrama tempat Youhei tinggal.

(yang pompuan) Furukawa Sanae, (yang lelaki) Furukawa Akio
  • Mak bapak Nagisa, yakni mak bapak mertua Tomoya. Akio ni pun jenis yang sengal2 masuk air gak. Selalu kasi bini sentap.
Okazaki Naoyuki
  • abah Tomoya. Aku first time tengok macam tak caya plak yang abah dia jenis yang bermasalah sampai Tomoya benci sangat kat dia. 



Okazaki Ushio
  • Anak kepada Tomoya dan Nagisa. Comel kan?

Itulah review daripada aku. Kalau korang tanya, anime apa yang sedih bagai, mesti Clannad ada dalam list. Selain Clannad, diorang (anime fans) turut mencadangkan Angel Beats dan Anohana. Dua-dua tu aku belum tengok lagi. Kalau ada masa, aku tengoklah, dan kasi review sini untuk korang yang belum tengok lagi. Siapa belum tengok lagi, korang boleh download kat mana2 website, tengok online, kat youtube pun ada. Aku tengok kat youtube jer. Taip je Clannad, mesti keluar. OK!

Tomoya x Tomoyo
Pasangan serasi yang di extrakan. Siot punya director. Aku ulang episod ni 2 kali kot. Feeling sangat.

#Throwback Malaysia's Anime Event 2014

$
0
0
Assalamualaikum semua!
Apa khabar?

Maaf dek kerana kesibukan, saya tak dapat nak update blog saya ini. Banyak perkara yang berlaku pada tahun 2014. Saya memang teringin mahu update, menulis blog, cuma masa yang menjadi penghalang.

Pada tahun 2014, saya telah banyak menghadirkan diri untuk anime event. ummm apa yang saya ingat, anime event yakni pembuka untuk tahun 2014 adalah Animax Carnival Malaysia 2014 yang diadakan di Mid Valley Exhibition Center.


Yang kedua untuk pertama kalinya saya pergi ke C2AGE. C2AGE ni saya dengar dari zaman saya study dulu, tapi baru ni berkesempatan untuk pergi. C2AGE adalah sebuah event yang dianjurkan oleh HELP Universiti. Bagi sesiapa yang biasa lalu kat Jalan Loke Yew tu, mesti perasan U ni. Lebih kurang apa yang dianjurkan oleh Comic Fiesta (CF) dan AniManGaki (AMG), C2AGE juga ada menjual art dan anime merchandise. Tapi tak semeriah CF dan AMG. Kelainan yang dibawakan oleh C2AGE adalah, mereka menjemput cosplayer terkenal iaitu Reika dan ada lagi seorang yang saya tidak kenal. Saya kenal Reika daripada kenalan FB yang seringkali membanjiri wall feed saya dengan gambar2 Reika. Reika juga suka cosplay Levi iaitu watak lelaki dari anime Shingeki no Kyojin (SnK). Dan dari event itu saya mendapat 2 orang kenalan baru!


Gambar Reika yang saya berjaya dapat dari lensa saya.


Tahun ini juga, pesta Bon Odori yang sering diadakan pada pertengahan bulan Julai, dilanjutkan kepada bulan September kerana bulan Julai kita sudah start berpuasa, lagi pun ramai rakyat Jepun yang berada di Malaysia bercuti dan pulang ke Jepun.
Ini sudah kali ke 5 saya pergi, dan pertama kali kami menyambut dalam hujan. Cuma saya bernasib baik kerana saya parking kereta tidak jauh! Saya sampai sana dalam pukul 6 petang!

Seterusnya pula adalah AniManGaki (AMG). AMG seperti biasa, lepas raya puasa berlangsung di Sunway Pyramid Convention Center. Saya bernasib baik sebab bos saya memberi RM500 kepada setiap stafnya sebagai saguhati untuk Hari Raya. Saya tidak membelanjakan wang itu untuk raya sebaliknya menghabiskannya di sini! er...hampir RM200 juga lah yang habis! weeee~



Saya juga berharap tahun ini saya dapat cosplay. Cosplay untuk saja2 lah. Maka, saya dan seorang kawan saya merancang ke CosMart untuk mencari costume yang sesuai dan pastinya berbaloi untuk nilai wang!


Saya merancang untuk mencari kostum untuk Bankai Ichigo. Kalau tiada, saya akan memilih untuk menjadi Uzumaki Kushina. Saya jumpa Bankai Ichigo tetapi tidak menjual seluarnya. Harga dalam RM120 (nayyy!!) dan kostum Kushina berharga RM150. ummmm tak jadi nak beli! Kawan saya dapat kostum Maid dia yang berharga RM100. Saya cuma dapat beli second hand kunai je yang berharga RM15.00. Berat tau kunai tu!


Yaaa... akhirnya acara yang di tunggu telah pun tiba! Saya pula telah memaksa emak (sorry mak!) untuk menyiapkan kostum Kushina saya. Nanti di lain entry saya akan ceritakan tentang kostum tersebut.
Ini adalah kali ke-3 CF yang saya hadiri. Gathering dengan kenalan dari FB memang seronok!

Ramai lagi sebenarnya. Saja jer letak gambar ni.

Pada tahun ini pula, insya Allah saya akan terus attend untuk anime event. 2 minggu lalu, baru sahaja berlangsung Animax Carinival Malaysia 2015 kat Sunway Pyramid Convention Center, Wahhh!! Best giller kot! Ada artis lagi!

Nanti ada masa saya kasi cerita yaaa!!


babai!



Mencari Cinta Sejati: The Last Naruto The Movie vs Suamiku Encik Perfect 10

$
0
0
Tu diaaa...tajuk pun dah gempak gempita...hahahah... tak payah nak panas sangat lah wei!

Bulan 12 tahun lepas, terjadinya perang movie adaptasi antara The Last: Naruto the Movie dan Suamiku Encik Perfect 10. Saya sebagai peminat Naruto dan selalu mengikuti manga nya haruslah menyokong Naruto tetapi tidaklah terus condemn filem tempatan kerana saya juga adalah penggemar filem tempatan!

Jadi, saya juga menggelupur seperti weeboo lain walau hakikatnya saya bukan weeboo, mencari cinema manakah yang patut saya pergi kerana The Last cuma ditayangkan di pawagam2 terpilih sahaja. Sebut pasal cinema, saya lebih gemarkan TGV berbanding GSC kerana tiket TGV lebih murah drp GSC. Dah kata selected GSC pula, saya biasa pergi kat Cheras Leisure Mall, Berjaya Times Square dan kadangkala di Mid Valley. Antara 3 cinema tu, di Mid Valley sahaja yang ada. Pulak, saya hanya boleh menonton pada hari weekend sahaja, makanya harga tiket sangatlah mahal! Lihat, orang yang gaji hampir 2k sebulan pun berkira tau nak tgk wayang!

Saya purchased online menggunakan kad debit CIMB dengan mendapat harga RM10/each. Call adik saya dan dia setuju untuk pergi menonton pada hari Ahad. Setelah seminggu penayangan The Last, hall masih penuh lagi.

Ulasan saya adalah.... filem ini sangatlah macam...ummm... Filem ini seperti dibuat hanya untuk memuaskan hati fans Naruto yang nak tgk sangat macam mana Uzumaki Naruto tu ngorat Hyuuga Hinata. Boleh lah plak hidupkan satu watak yang hanya membuat Naruto cemburu. erk??

Otsutsuki Toneri yg diwujudkan hanya untuk buat Naruto cemburu.

Hmmm...kalau diikutkan, jika Naruto tidak menerima satu mimpi yang mengatakan Hinata cintakan dia, agak2 Naruto akan kahwin tak dengan Hinata? impian Naruto untuk menjadi hokage mesti akan tercapai (almaklumlah, yang jadi Hokage ni semuanya kroni, kecuali bapak Naruto; Namikaze Minato a.k.a Yondaime - Hokage ke-4) dan impiannya untuk memperisterikan Haruno Sakura/Sakura takkan dapat sebab Uchiha Sasuke/Sasuke dah insaf dan mesti dia nak punya kat Sakura tu! 

Filem ni banyak beno pengulangan babak membuatkan saya menguap BANYAK kali. Adik saya tertidur siap berkeruh lagi! Mungkin saya tak berapa gemarkan filem dari franchais Naruto kot. Saya lebih sukakan Ninja Clans in the Land of Snow, Guardians of the Crescent Moons, Bonds, The Will of Fire dan tentu sekali Road to Ninja!

Tentu sekali cinta Naruto adalah CINTA SELEPAS KAHWIN! hahaha... gurau aja!


Ulasan saya untuk filem Suamiku Encik Perfect 10. Wah! Ini kalau nak dibandingkan dengan Naruto, Zarief Daniel (lakonan Aaron Aziz) ni kalau wujud di Konoha, memang anak2 dara Konoha tak pandang laa si Sasuke tu... tapi kalau saya, saya tetap setia kat Itachi! hewhewhew!

Dari awal, plot teratur, kelakar dengan watak mak Aleeya Azmeen (lakonan Lisa Surihani), Puan Yazmeen (lakonan Jasmin Hamid) tu kemain cakap utara naaa! hahaha...memang kelakar! Part yang Puan Yazmeen lecture pasal bra tu. hahahah... Walaupun jalan cerita kadang2 kita boleh jangka, guess what? saya menonton filem ini dalam keadaan mengantuk sebab letih lepas iron baju untuk seminggu,  saya masih terhibur dan langsung tidak menguap seperti menonton The Last! 

Babak tentang pemilihan bra yang kelakar!

Saya tertarik dengan ketulusan Zarief Daniel yang sanggup menerima Aleeya Azmeen sebagai suri hidupnya walhal dia langsung tidak mengenali Aleeya, baru kenal tak sempai beberapa tahun, dengan keadaan Aleeya dirogol oleh teman lelaki dia, dan sanggup menukar namanya kepada Abdullah hanya kerana tidak mahu kelak kemudian anak itu mengetahui yang dirinya adalah hasil rogol! ummm dahsyat...dahsyat!! Habis sahaja filem ini seraya saya berkata, agak menyesal menonton The Last di cinema. Lebih baik saya menonton filem ni sejurus saya dapat menjana industri perfileman tempatan.

Buat yang hanyut dalam romantika The Last, korang WAJIB menonton Suamiku Encik Perfect 10! tak kira...lelaki atau perempuan ke, mesti tengok, then, korang nilaikan sendiri!

Antara 2 filem ini, dengan bangganya saya mengatakan SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 lagi terbaik.....tapi macam mana pun, Zarief Daniel tak boleh celen *Abang Jebat!! weehooo!



*Abang Jebat - Ahmad Ziyad Foo, watak utama dalam novel/drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad.

Naruto teater

$
0
0
Hi korang!

Saya nak update pasal Animax Carnival & Animax Carnival Live tempoh hari, nampaknya belum berkesempatan lagi.

Saya cuma nak bagi tahu yang minggu ni ada (rujuk gambar di bawah:)


Wah, bestnya! Harga tiket pun 'best' kan?

Bila: 30 & 31 Mei 2015
Kat mana: MIECC, The Mines
Pukul berapa: Ada 2 sesi - pukul 1.00 petang dan 6.00 petang 
Harga tiket: MYR 398 / 298 / 198 / 98

Tiket boleh beli online kat (klik sini) kena sign in / register dulu.

Tapi saya beli kat Subang Parade. Ada outlet kat situ. Boleh klik sini

OK! Jumpa korang kat sana!

X Pax Fantasy Fest 2015

$
0
0
Weekend lepas telah berlangsungnya XPax Fantasy Fest 2015 di StarXpo Centre, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur. Event ini adalah kali ke 2 diadakan. Tahun lepas aku tak pergi.

Kemunculan 2 orang artis yang dibawa khas dari Jepun menarik hatiku untuk datang ke event ini. Yun*chi dan ELISAAAAA!! Kali ke-2 beliau datang ke Malaysia selepas Animax Carnival yang diadakan pada bulan 3. Opppsss... aku belum update pasal event tu.

Sooo... enjoy the gambarsss~

Senduuuu jer...

yayy!! dapat autograph ELISA! ini kali ke-2 tau dapat!


 Hos yang kelakar. Nak2 lagi akak Maleficent tu.

Sorry, tak kenal siapa. Tapi dia nyanyi best! Antara lagu yang dinyanyikan: ending Inuyasha - Ayumi Hamasaki dan opening FMA: Brotherhood - YUI. ahahahah lupa tajuk lagu!

Trinity Bits

Yun*chi



dan akhirnya ELISA. Gambar ELISA cuma satu ni je sebab ahkak nak enjoy her performance!
ELISA nyanyi lagu Realism, *tak tau tajuk*, Wonder Wind dan last sekali Eonian. Best!


Coming up!


tiket belum beli lagi. Dengar citer ada FLOW! wuhuuu!

[Event] Kemeriahan Animax Carnival Malaysia 2015 - Hari Pertama

$
0
0


Event    : Animax Carnival Malaysia 2015
Tempat : Sunway Pyramid Convention Centre
Bila       : 28 - 29 Mac 2015

Ini adalah kali ke-4 diadakan di Malaysia. Kali ke-2 di Sunway Pyramid. Kalau tahun 2013, Animax menjemput penyanyi May'n (tekan sini), manakala tahun lepas duo Angela in order to promote anime Coppelion pada masa itu, kali ini Animax membawa 3 orang artis sekali bagi memeriahkan event ni. 

Macam biasa, ada booth games untuk anda beradu nasib dan tenaga, collect cop dan pada akhirnya korang boleh dapat lucky draw bagi yang dapat 3 dan 4 cop pada kad games.

Ada gak booth jual jajan dan minuman. Hahahah, jajan lah sangat, booth jual NIPS, satu beg RM10 , dan ada 2 booth minuman; F&N dan Oishi yang iklan dia ada Farid Kamil tetibe tuh! hahahhaha~

 Booth jual minuman Oishi

Jual merchandise maskot baru Animax; OO-kun dan Miroku si Kambing Biri2 last jadi Alpaca

Photobooth.

 Game card



 Tinggalkan kretiviti anda di sini

Harga merchandise OO-Kun, mascot Animax yang comel









Fan Meet & Greet Session bersama May'n! Saya dapat autograph dia!














beberapa jam selepas itu, muncullah ELISA. Sempat perform lagu REALISM. Vokal yang memukau! Ini pun saya dapat autograph dia.


yaaaa akhirnya yang ditunggu telah pun tiba! Saya merupakan hardcore fans Mami Kawada. Pertemuan di lewat petang. Ramai yang menanti.











sempat mempersembahkan sebuah lagu dari anime Shakugan no Shana, OP 1, pulak dah lupa tajuknya. Niji no Sora? eh tu Naruto Shippuden punya lagu! Hishoku no Sora! versi unplugged tau!







OK lah. Bersambung....
Saya dapat tiket VIP untuk konsert!


Viewing all 52 articles
Browse latest View live