Quantcast
Channel: hafizahharuno
Viewing all 52 articles
Browse latest View live

Selamat Hari Merdeka!

$
0
0
Wahaiiiii rakyat Malaysia! Selamat Hari Merdeka aku ucapkan kepada semua. Wah, sekarang ni nak raikan kemerdekaan lama sikit. Tak macam dulu, lepas 31 Ogos je yakni masuk 1 September, dah lupa Merdeka ke hapa. Ni sekarang dah extend sikit, even 10 September pun aku still rasa lagi bahang Merdeka! Hahahaha...

....*sambung balik* dan kemerdekaan kali ni agak kontroversi sikit. Eceh! dah gaya artis pula! Mana tak nya, dengan isu logo Merdeka yang budak baru kenal komputer pun boleh buat.

Duhhh! Lawa lagi yang dah season tu!

Tema tahun ini 'Janji Ditepati'. Aku pun dengar macam-macamlah korang cakap; 'Janji Ditiputi', 'Janji Dicapati'....hahahahahh gelak je aku.

Lagu 'Janji Ditepati', lagilah tak boleh blah! Siap parodi lagi. Haaa, carilah kat youtube tu!

Pastu, nak tukar Jalur Gemilang kepada bendera yang tah pa pe!


Aduyai, dah elok, beridentiti plus, cantik Jalur Gemilang tu, kau nak ubah kepada bendera tu pulek! Mau seumur hidup aku asik muntah je kalau ubah kepada bendera tu. PUIIIHHHH! *ludah awal-awal*
Dikatakan, bendera had bawah tu merupakan bendera yang direka khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan suatu masa dahulu. hmmm... *buruk hokkay!*

Korang jangan tak tahu, bendera kita gak pernah di sebut dalam 1 scene dalam anime Daily Lives of High School Boys episod 3. Tak caya? Meh tengok!

kan...kan...?

Sat tadi member aku pos video kat FB. Video tu menunjukkan orang pijak gambar PM Najib. Duhhh lagi! Kejadah apa lah korang pijak gambar orang tua tu? Kalau tak suka, tak payahlah sampai nak pijak-pijak. Tak hormat orang langsung. Banyak je cara sopan yang boleh kau tunjuk kalau kau tak suka kat orang tu. Aku rasa lah, orang-orang yang pijak ni lah antara orang pertama yang mencicit gi amik BR1M. Bukan orang pertama pun, mesti dia orang yang paling dok kalut kalau kerajaan tawarkan wang free ni! Ngong!

Oklah. Pinggang dah sakit ni. Maklumlah, duduk kat kerusi yang tak de sandar. hehe. oh, Selamat Hari Raya juga! Maaflah sebab sibuk banyak, tu yang tak dan nak update blog. 

Bila nak mengundi?

$
0
0
Aku lama tak update blog.

Aku nak bagitau korang, aku dah daftar mengundi.

Aku daftar kat Carrefour Subang Jaya.

Free jer, tak de kena bayar pun.

Korang pergilah daftar.

Nak tunjuk bukti yang aku dah daftar, kertas merah tu ntah mana ntah letak. Sebab balik dari kerja, kertas tu yang aku tunjuk kat mak aku. Dah rupa macam budak dapat 10 A dalam SPM pula balik tunjuk result kat mak.

OK, tu je aku nak cite.

Aku nak kuar g solat pastu kena g Kapar, Klang. Ada kerja sikit.

Oh ye. Aku pun baru tukar tayar kereta. Sebiji je. Tu je yang mampu. Sebab tayar kereta dah bengkak. Kang nanti termeletop pulak!

Eh, merapu pula. K bye!

Update sikit

$
0
0

Aku nak update sikit lah. Aku memang sibuk. Kat office mahupun kat rumah. Kat office ni, sejak dari sebelum puasa lagi sibuk menghandle projek ni. Duyaiii....

Kat rumah plak, tetiba rezeki dtg... Arnab semakin beranak-ranak! Nanti aku kongsi gambar ngan korang.

Hari ni, sekor anak Mom mati. Mom ni arnab kepunyaan mak aku. Sebab tu lah bagi nama 'Mom'. Tapi, Mom ni memang terbaik. Ia memang jaga anak ia betul2. Kan hari ni anak ia mati. Mak aku cite, lepas mak balik dari spital, mak tengok Mom asik jilat2 anak ia. Anak ia dah mati. Semut pun dah start hurung. Kesian. Sekarang tinggal sekor. Asalnya dari 8 ekor. Nanti aku cite lain.

Sekarang,kat Cheras ni hujan. Tapi, tak selebat semalam. Semalam tu sampai blackout rumah aku. Hehe...

Oklah, aku nak chao dulu. Jangan lupa tonton wrestling eh,bukan,anime K malam ni. Ulangan, Jumaat petang jam 6.30, weekend time maghrib. Kat Animax. Yang mana tak de Animax tu, download je la. Lagi puas hati. Sama je, subtitle omputih gak!

P/S: entri ni aku dah update Khamis malam. Ntah hape la kena lambat sangat publish nya...

CF '12 - Isu TnG Mirai Suenaga

$
0
0
*aku sibuk gila, tapi aku curi masa sikit*

Ok Otakus! CF '12 atau Comic Fiesta 2012 nak dekat dah ni. Nanti aku update bila dan di mana.

Sekarang ni masalahnya ialah, itu hari selepas AFAMY (Anime Festival Asia Malaysia), Danny Choo ada announce yang dia akan launch kad Touch and Go (TnG) edisi Mirai Suenaga.

Siapa pergi AFAMY, dan dia adalah pengguna tegar TnG, mesti makan dalam tengok ni.

Time dia pamer TnG tu macam dalam gambar kat atas ni, semua request nak...nakk...kat mana jual...aku nak beli...Pastu Danny ni cakaplah yang dia akan jual TnG versi Mirai kat CF '12 bulan 12 nanti. Wahhh, semua dah calm down dan tak sabar nak tunggu CF '12 untuk kejadah ni jer.

Baru-baru ni plak, Danny citer yang pihak TnG tak boleh nak keluarkan TnG edisi Mirai untuk CF'12 ni. Pulakkk....Hei, orang dah mengidam dari AFA MY hari tu.

So, korang, kalau nak TnG edisi Mirai Suenaga ni berada di CF '12 ni, jom sign petition ni:


Then, korang punya sign akan dihantar terus ke TnG Malaysia. Ayuh, mara!!!

Aku dah. Kau sudah?

Untuk versi Harimau Malaya juga!



[Event] Comic Fiesta 2012

$
0
0
MARI-MARI KE COMIC FIESTA 2012


Masuk kena bayar. Sekarang ni, tiket 'early birds' sudah habis. Sekarang tinggal tiket biasa yang akan dijual di muka pintu. teheeeheee...

Harga tiket:

Siapa cepat, dia dapat. Sekian Terima Kasih!





*sahaja aku pergi ke Comic Fiesta 2012, kerana Mirai Suenaga*


[Kontes] Segmen: Cari Followers by Nakahime

$
0
0
Hi nokss...!

Hari ini aku join ini contest:

Hei, nak lari pergi mana tu?

Jom join kat SINI


*penganjur pun macam sama ngan kita jer?*

Sejak bila ni?

$
0
0
Sejak bila....



cleaner Times Square (shopping mall)




rajin



cabut



GETAH PAIP???




Aku laaa....cukup pantang jamban tak hade air ni. Kalau tak de getah paip, mesti ada air yang untuk cebok keluar dari jamban kan seperti jamban-jamban di seluruh Plaza Low Yat.
Ini, langsung tak ada sumber air. Bagaimana, kami yang jiwa pembersih ini hendak mencebokkan diri bontot?

Ini jamban ke dua, dari floor lain aku masuk. 1st jamban aku masuk, macam ni gak. Kot aku ingat, aku termasuk jamban rosak. Aku tahan dulu. Last-last, aku pergi jamban lain pun sama. Bongoks!

Sama scene ngan Mid Valley. Nak kencing, aku terkincit-kincit masuk Jusco, guna jamban Jusco. Lega. Teheee....

ok lah, close ar! Benci aku!

Vavi kau...!!

$
0
0
Ini entri tak ada kena mengena dengan maki-memaki, mahupun Maaki Onaga, bekas vokalis HIGH and MIGHTY COLOR dulu.

Lain kes di Times Square juga, kes jamban aku dah tutup, ini kes di mana kita boleh membeli barangan murah di Times Square. yeaahhhh...

Alkisahnya, aku memang sedang mencari cover ataupun casing tablet 7" ni. Dah calar-balar dah aku tengok tablet aku tu. Maklumlah, tablet murahhh...Aku beli via Groupon bulan 9 hari tu.

Sebelum ni, aku cari kat AEON Cheras Selatan kerana itulah sumber terdekat aku. Mahal gila kau! RM80! Tak mau lah kannn...

Pas tu terjumpalah cover murah kat Times Square ni. Bangla tu kata, buy 1 free 1. Wahh...Tak mau lah sampai 2. Tablet aku bukannya mahal. Buy 1 free 1 tu harganya RM65. Aku minta nak beli satu je. Dapatlah harga RM45. yaayyyyyy...*walaupun hati tak melonjak mana*


Faveret kaler aku; merah hitam. Cantikkan?

Aku sampai rumah je, terus sarung. main game, peluk-peluk...Gitu kauuu....Pastu aku nonton Pokemon. Season 1. Baru download time bosan-bosan kat office. Dah run 2 episod. Sekali tu...

"Apa ni? Apasal nampak bintik-bintik tiga seperti kulit babi ni?"

Lantas ku menggapai henfon dan gugel 'Casing kulit babi'. 

Aku punya cover, bintiknya sama macam ni. eeee...*terangkat bahu sikit*

Aku gugel-gugel. Baca sikit artikel. Memang betul.

Pastu, aku cabut, bungkus balik. Esoknya, lepas balik keje, rush dari Subang Jaya, terus ke Times Square, tukar.

Nasib baik boleh tukar! hehehe...Buat muka sememe sikit...Amoi tu pun cakap, semua yang dia jual tu, jenis macam tu. Aku tak lah menuduh, dia tahu tu kulit babi, pastu main menonong je jual. Tak. Aku syak, diorang mesti tak tau punya. Termasuk banla yang approached semalam. Baikkan aku. Bersangka baik gitu!

Aku tukar, aku ambil yang keras punya. Tak ada unsur kulit babi mahupun kulit lembu situ. Plastik punya.

Mohon korang semua alert tentang benda ni. Salah aku juga, dah tau murah, main serbu je!


gambar semua dari carian Google, kecuali yang screenshot FB tu!

[Event] Culture Japan Night

$
0
0

Bila: 24 Disember 2012 (esok kan public holiday, bolehlah ber-night-night)
Jam: dari 5 petang - 10 malam (korang boleh datang dan blah bila-bila masa)
Bayaran masuk: RM20.00
Kat mana?: Menara PGRM, Cheras. (siapa orang Cheras, mesti tau ni, sebelum AEON Maluri)
Parking: RM5.00 (sekali masuk)
Cara nak pergi: NaikLRT STAR turun Maluri. Jalan kaki sikit je. Lintas elok-elok. Kiri-kanan-kiri.



Tujuan Danny Choo buat event ni adalah mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama Otaku di samping dapat berjumpa fans tegar dia. ececece...

Korang boleh datang dengan pakaian sempoi-sempoi ke, baju batik ke...*ngahahha* Nak ber-cosplay pun boleh!

Kalau korang ada set Moekana yang korang beli kat AFA MY hari tu, jangan segan silu bawa. Boleh battle. hahahahhh....



Sebelum tu. register SINI -----> CULTURE JAPAN NIGHT MALAYSIA 2012 WINTER

Untuk maklumat lanjut, ------> KLIK

Comic Fiesta 2012 Review

$
0
0


Entri pembuka tahun baru ni disajikan dengan review event penutup 2012; Comic Fiesta 2012.

Aku pergi hari pertama yakni pada 22 Disember, Sabtu. Dari rumah aku gerak dalam pukul 10 pagi, naik bas rabbit (rapid) KL U49 sampai end station kat Mydin besar tu. Jalan kaki sikit menuju stesen Putra Masjid Jamek terus ke stesen KLCC yang padat lagi mampan.

Aku sampai dalam pukul 11 suku macam tu tengok mak aiii, ramainya orang! Ko gila nak beratur masuk punyalah panjang line, so, aku dengan muka tak malunya kasi potong Q lah! hehehehe. Jangan marah!

Dah masuk ke dalam pusat konvensyen tersebut, aduyaii...kenalah Q lagi. Tapi, advantage bagi yang beli 'early birds' tiket sebab diorang tak perlu nak Q kat dalam. Terus je masuk. Hmmm...tahun depan, kalau nak pergi, memang aku suggestkan korang dapat tiket early birds dulu!

Total masa dari luar sampailah ke kaunter tiket aku beratur adalah 1 jam setengah. Mak aiii...Itu dari Cheras kalau kau berniat nak pergi Kuala Selangor, memang dah sampai dah!

Jom enjoy gambar-gambar yang diambil dari lensa Samsung L100.


Mirai Suenaga itasha made by abang Ben kita yang dulunya kartunis Gempak Starz. Ingat tak karya beliau? (Le. Gardenie., The Fishes, Innocent)




Pameran barangan Mirai Suenaga.





 Antara yang dijual










Para cosplayer yang sempat di snap. Pandai-pandailah ko figure out dari anime mana.





 Antara barangan yang di beli.


 Ini lanyard untuk adik aku. Minat K-Pop lah katakan. Ai tak minat yer...

Barangan Gempak Starz haruslah ada. Tapi sikit je lah belinya sebab aku nak borong hujung tahun ni nanti.

Perihal Cuti Umum

$
0
0
heh? aku takdelah sampai butthurt macam tu kannn... Biarlah diorang enjoy cuti tu. Sekali ni je...

Aku tak de lah batak sangat cuti hari wilayah ni, sebab aku 9 tahun sekolah kat KL (Cheras region) dan ditambah pula 3 tahun aku belajar di sebuah kolej di KL juga (Cheras reqion gak). Puas dah.

So, 2 tahun, masa aku form 4 dan form 5 di Selangor (Kuala Selangor region) dan bekerja start dari April 2011 sehingga sekarang aku dapat cuti extra. bahahahah....

Bila time Selangor cuti, senanglah bagi aku buat urusan di KL ni. Pengalaman aku time cuti Thaipusam (time ni KL belum di wartakan cuti lagi) masa tu aku form 5. Aku nak tukar IC dari yang murahan tu (laminate punya) ke MyKad. Gila lama aku tunggu dari form 3 lagi. Kena beratur panjanglah (itu biasa) macam-macam lagilah. Time tu aku buat, adalah beratur tapi tak seteruk kebiasaannya. Ok, dan everything goes well.

Tahun lepas pula, time cuti Nuzul Quran rasanya, aku ambil kesempatan bawa arnab aku ke Hospital Veterinar kat Cheras ni. Ramai orang juga, aku tunggu pun lama. Mungkin tuan-tuan pet ni kerja di Selangor agaknya. Tapi, tunggu lama-lama kat vet ni tak adalah stress sangat. Boleh main2 dgn kucing lain ke, kan...

Time cuti birthday Sultan Selangor, aku pergi pejabat MARA kat Jalan Raja Laut tu untuk setel pasal loan aku yang tertunggak ni. Pastu, shopping lah. Ramai orang, tapi masih dalam keadaan selesa.

So, kalau state holidays cam ni, aku takkan simply bazirkan masa. Aku mesti akan fikirkan jalan apa benda urusan yang aku boleh setelkan kat KL ni. Lagipun, aku tinggal kat Cheras ni jer, jadi nak pergi mana-mana, tak lah jauh sangat dan time tu agak kurang sikit jemnya.

Ok, kengkawan yang cuti tu, Selamat Hari Wilayah. Isilah masa anda dengan aktiviti yang menarik. Jangan asyik tidur je. Aku ni pun sekejap lagi nak pergi Ijok. Ada kerja sikit kat satu kilang tu. Bai-bai!!


Animax Carnival 2013

$
0
0
Setelah berjayanya dianjurkan di Malaysia pada tahun lepas, Animax mai lagi anjurkan Animax Carnival pada tahun ni. Kali ni buatnya kat,

Blue Concourse, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor.

Bila: 16 Mac (10pg - 6ptg) - untuk pelanggan Astro
16 Mac (6ptg - 10 mlm) & 17 Mac - Terbuka untuk semua

Sama macam tahun lepas, ada games, pertandingan cosplay kan...

Kalau tahun lepas, ada Alodia untuk penampilan istimewa,

*gambar cilok google*

Pada tahun ini pula....


kenal...kenal????

May'n akan menampilkan diri pada 16hb je, jam 1ptg. hahaha...mari...mari semua pakat cari bil astro. Dari Jan punya bill sampai sekarang punya. 

Jom...jom...jom....

Sekitar Animax Carnival Malaysia 2013

$
0
0
ok, memandangkan kerja aku agak kureng sikit, jadi aku mau update sikitlah!

Hari Sabtu lepas aku ke Animax Carnival kat Sunway Pyramid. Memandangkan aku sorang je yang pergi, maka aku decided nak sampai awallah. 

Aku sampai dalam pukul 9.30 pagi. Dari atas aku tengok orang dah siap queue gitu. Tapi, tak lah bising sangatlah.
So, dah sampai bawah, follow the queue, jadi aku dapat beratur di luar.

Ni time aku start queue dari luar. Ramaikan orang? 

Carnival starts at 10, korang nak tau aku dapat masuk pukul bape? 11.50pg tau takkk!!! Bapak lama aku tunggu. Itupun, dia lepas sikit2 dulu. Aku dari luar, jln sikit-sikit sampai dalam 6,7 orang kat depan aku, diorang suruh stop. Tunggu lagi. Pastu, dia kasi masuk 3 orang dulu. So, 3 orang depan aku. Pastu tunggu lama gila, 3 orang depan aku masuk plak! Kena tunggu. Ingat kan sat ja. Aku tunggu macam dah lama, aku merayulah kasi lepas aku sorang jer. Dia tak kasi, sebab dalam tu dah ramai sangat orang (tapi tak begitu sardin sangat). 

Aku tengok pengacara majlis pun dah cakap-cakap, ajukan soalan, bagi hadiah lagi, tak ke panas hati aku.

tunggu nak dekat sejam, pastu aku baru dapat masuk. Masuk-masuk dah kena queue untuk games. Letih tau tak.



Ini booth games.


Ini game seperti yang korang lihat mula-mula tu, nama dia Wanage. Sekali sebut cam ko cakap tamil pulak! Ini game, alaa...masukkan gelung kat botol tu. Lepas satu, kira menang. Tapi aku tak dapat ni.

Ini namanya Daruma Otoshi. Haaa, baru fefeeling Jepun sikit cakapnya. Ini main, ko pukul macam adik ni pukul, kena keluarkan satu blok tu jer. Kalau runtuh semua, ko kalah! Ini, aku champion! hahahhh~

Oooppss, sori gambar goyang. Aku baru nak snap, orang animax tu, "haiya, play first, take photo later laahhh!!" kebetulan lak orang tu abis cepat. Ini game namanya Syateki. ahh, cam sebut nama orang plak! Ni main, ada senapang, pastu kau tembak botoi tu. Satu jatuh, kira menang. 5 chances. Aku sekali tembak, menang! hehe~

Aku setel games ni dalam pukul 12.30tgh hari. Agak cepat sikitlah. Pengunjung difahamkan yang performance May'n dalam jam 1.00 nanti. Time aku habis games semua, orang dah ramai kumpul depan stage. Aku pun cepat-cepatlah!

Time tunggu.




Tu dia, mai dah. Dia masuk-masuk tak dan nak kenai diri, masuk-masuk je teruih nyanyi dengan semangatnya!

May'n nyanyi dalam 2 lagu. Aku tak tau lah lagu apa sebab aku bukanlah peminat May'n! Lepas 2 lagu, sesi interview sikit. Pastu, tanya soalan, dan menang hadiah.

Lepas tu dia nyanyi lagi 2 lagu. So, total sini, 4 lagu. waa...memang best tau. Dia datang all the way dari Jepun tau, boleh performed 4 lagu. Memang kami semua puas hatilah. Nak tau kenapa aku cakap cam ni, sebab aku pernah pergi event tahun lepas, artis Malaysia pun just for special apperance cam ni pun, performed 2 lagu je tau! Memang nampak May'n ni memang passionate ngan kerjaya dia dan yang penting, dia memang sangat menghargai fans dia kat sini.

Ok, habis tu, apa lagi. Baliklah! Kau ingat parking Sunway Pyramid ni RM3.00 sekali masuk ker? hahahhahahh~


Goodies dari Astro dan menang games tadi.

Ulasan: Karnival kali ini agak seronok sikit, tapi, lebih seronok tahun lepas punya. Aku rasa, rata-rata pengunjung pasti tak puas hati tang kena queue lama-lama, termasuklah aku! Apa-apahal, tahun depan, mesti mari gak!! 

****aku g karnival ni sebab goodies je, May'n tu bonus je. Tahun lepas pergi sebab nak jumpa Alodia. hihihi~***



May'n di Animax Carnival Malaysia 2013

$
0
0
Ini untuk tatapan para Otaku yang gigit jari hari tu sebab tak dapat pergi. 

*dah jadi Abang Nara dah dok kopipes sume ni*

ENJOY!






















Sorry ye anak-anak sekalian, gambar tak ikut turutan. Ini sebahagian sahaja, nak tengok yang lain, sila klik link kat atas sekali tu.

Undi 5 Mei ini

$
0
0
yaa, mari kawan-kawan kita mengundi.

setakat 30 April ini, aku masih lagi fikir nak undi apa.

hmmm...

sekian untuk blog lama tak update.

[Anime] Gintama

$
0
0
haaa...siapa pernah tengok anime ni??

Aku tak pernah tengok lagi. Tapi apa yang aku tau, anime ni KELAKAR giler, mungkin lagi kelakar dari Lawak ke Der? korang tu... hehe. *sentap Afdlin aku tulis cam ni*

Anime ni pulak, full of parodies. Ya Allah, aku ni memang layan parodi bagai cam ni. Jom tengok apa yang diorang parodi kan.

Bleach?


Kelas! Dragon Ball teruih!

amekaw! Cikgu Kakashi lagi.

oh, One Piece! *aku tak tengok anime ni*

Dan berikut adalah senarai anime yang di parodi kan;

  • Kuroshitsuji (episode 171)
  • Bakuman
  • Prince of Tennis
  • Will Smith
  • Eyesheild 21
  • Detective Conan
  • Ultraman
  • Beserk
  • Sengoku Basara
  • Kuroko no Basket
  • Dragon Quest
  • K-ON!
  • Gundam Seed
  • Heidi
  • Death Note
  • Evangelion
  • Jojo's Bizarre Adventure


haaa...nampak cam best kan. Sekarang dah episod 200 lebih. hmmm...aku anime lama-lama pun tak setel lagi tengok. Bleach pun aku tak habis lagi. 

Details:

Anime: Gintama (maksud: Roh Perak; Silver Soul)
Mula tayang: 8 Disember 2003
Genre: Komedi, Parodi, Sains Fiksyen
Pencipta a.k.a Mangaka: Sorachi Hideaki
Studio: Sunrise (adik beradik ngan Inuyasha, Gundam Seed)
Episod setakat ini: 265 (menurut website tokyoinsider.net)

Rupanya anime ni dah ditayangkan kat TV M'sia iaitu TV2 start 30 Ogos 2009. Why??? Kenapa aku tak tau? hukhukhuk~ Oh, lupa, time tu aku gigih keje kat KFC nak cari duit untuk konvo. miehihihi.. Ok lah, pada yang tengah follow anime ni, aku yakin korang mesti ada six pack kat perut kaannn? hehe. Bye2!

Sumber:

animenewsnetwork
Gintama - wikipedia
Gintama - wikia
Gintama - tokyoinsider.net
Google search

Suka rambut merah

$
0
0
 


Kalau sebut pasal rambut, memang fomfuan ni yang jadi idola aku. Nak-nak lagi kaler merah. Mungkin sebab feveret kaler aku kaler merah, so semua yang ada sekeliling aku haruslah berkaler merah. Kelas!!

Serius, aku memang nak kaler rambut kaler merah. Tapi, mana ada inai warna merah! miehihihi. ye kot? Jadi, jangan nak ikut rasa hati, nafsu nifsi bagai. Kelak nanti, diri sendiri yang susah. ye lah, mana tak nya. Aku fikir satu situasi ni je;

Aku memang tak reti buat sendiri, maka aku akan pergi saloon untuk mengalerkan rambut dari hitam kepada merah. Lepas keluar dari saloon, di takdirkan pulak aku kena langgar basikal.

Mati.
Ok. Di pendekkan cerita, time nak mandi jenazah. Mak aku tengok, rambut merah ni. Nak mandi tak lepas. bwahahahaahahhhhhh~~~~

Wallahhualam.

ish, tak beranilah aku!

Ada beberapa watak anime yang sangat aku suka. Dan dia berambut merah!


Erza Scarlet dari anime Fairy Tail.
terer berlawan dan tak gedik macam Lucy Heartfillia tuh!


dan haruslah ini fomfuan~~ 

ok. Yang ni aku tak suka. Cara dia pikat Sasuke geli hokkay! hahahahhh~

asal kau nak ngorat Sasuke je, kau buka spek. Hot keww?

Tsunade punya nenek yang jadi rebutan antara Hashirama a.k.a Hokage Pertama dan Madara. Sebab tu diorang perang kot. (tipu?)
Memang yang datang dari puak Uzumaki, semua rambut merah ye?

Jenjalan Melaka dan Dewan Freemason

$
0
0
Halu u olls...

Memandangkan hari ni aku agak relaks sikit, jadi nak ringankan jari yang tak berapa nak runcing ni leww~

Hujung bulan lepas, yakni bulan 4, member aku kawen. Dia ni senang cite childhood friend lah. Dari zaman kami tinggal kat PULAPOL (bapak pulis) sampai ke Cheras. Masuk darjah 4 dia pindah Melaka. Kampung dia. Tahniah aku ucapkan.

Haaa...nak dipendekkan cerita, aku amatlah berterima kasih terhadap member aku ni kerana sudi jemput DAN inilah kenduri kawen yang agak jauh aku pergi ni. Ye lah, biasanya sekitar rumah je. Paling jauh pun Batang Kali je bulan 2 hari tu. Aku pun bukannya rajin sangat berjalan ni. Adik aku, sampai ke Terengganu semata-mata nak attend kenduri kawan dia. Lelaki, even mak aku pun tak kisah.

Aku pun lama tak jenjalan Melaka. Kali terakhir bila ye? Form 3 kot (2003)?

Ok, berikut adalah yang sempat aku ambil.


Dewan Freemason.

Aku rajin juga baca artikel pasal kejadah ni kat internet. Ntah, kengkadang aku percaya, kadang tak.







yang ni aku pergi time pagi. Pagar tak buka lagi. Petang semalamnya aku ronda2 dengan mak, pagar buka. Ada 2 biji kereta parking kat dalam.

Di fahamkan terdapat 14 buah dewan freemason bertapak kat Malaysia yang indah ini. Bapak banyak. Aku memula baca, tak caya dowh. Bila dah jumpa cam ni, caya lah kot~ Apa ye yang ada kat dalam tu? Kalau aku singgah petang semalam tu, boleh gak lah aku sekodeng. haha~ dahdahdah...!

Dewan ni berhadapan dengan Sekolah Tinggi Melaka.


Lepas tu, aku ada ambil gambar2 sekitar, dan terus balik KL. Bai-bai!













Anime Meme #01

$
0
0




Orochimaru, Uchiha Itachi (Naruto), Makimura Kaori (Angel Heart), Maes Hughes (Fullmetal Alchemist)

HB to me

Viewing all 52 articles
Browse latest View live