Quantcast
Channel: hafizahharuno
Viewing all articles
Browse latest Browse all 52

Sikit-sikit kat Comic Fiesta 2013

$
0
0
Bulan 12 lepas ada Comic Fiesta / CF'13 macam biasa, kat KLCC. Nih ada sikit aku amik dari CF'13

Mikasa dan (aku tak ingat nama, Berthold ke apa ntah) dari SnK

ni lukisan dia nak lelong tu. Price start dari (sorry, aku lupa lagi!). Setakat ni kat FB CF tak der update pasal benda ni, ke, aku yang terlepas?

ni yang kat dalam booth Gempak Starz tu. Dia buat macam galeri sikit

ni kat luar. Hatake Kakashi dari Naruto Shippuden

puak-puak Naruto dari anime Naruto Shippuden. Dari kiri; Konan-Sakura-Naruto versi perempuang-Hinata versi terlebih makan (jangan marah, aku gurau)- Hatake Kakashi versi rambut tak dan bubuh gatsby(gurau juga)

Sebby a.k.a Sebastian Micheallis (betul ker aku eja) dari anime Kuroshitsuji (Black Butler). Hensem kan?

Sakata Gintoki dari Gintama. Korek hidung plak dia.

Di sebabkan aku kena beratur teruk tahun lepas, tahun ni (2013) aku dah beli siap-siap kat Animangaki yg diadakan lepas raya hari tu. Menurut sumber yakni kengkawan aku, diorang mai awai, tapi kena gak beratur panjang. Jadi aku amik keputusan untuk keluar rumah lewat (dlm jam 12 noon), mmg pi naik LRT, maka sampai sana pun hampir jam 1.00. 
Aku sampai sana, kena beratur gak, tapi, beratur yg terus jalanlah. Tak ada tercongok berdiri jer. Keadaan dalam, memang sesak, kengkadang nak jalan pun payah.

Pengunjung tahun ni. Angka sebenar seramai 39,855 orang. Sumber dari FB CF. Padanlah ramai noks!

Memang sakit kaki. Esoknya kerja, aku terus amik MC. hehehehe. Selasa kerja, Rabu cuti besday Sultan Selangor. 
Lepas ni CF sesuai buat kat mana yer? KLCC (Pusat Konvensyen) macam dah tak sesuai sebab makin lama, makin ramai plak pengunjung. Macam mana kalau kat Stadium Bukit Jalil? erm, maksud aku Stadium Putra Bkt Jalil? Stadium tu agak tertutup, pastu banyak event buat kat situ. Tak silap aku, masa team WWE (wrestling) datang masa tahun 2003 tak silap, pun buat dlm tu. Ok lah kot bagi aku, cuma agak bosan sikit sebab nanti nak makan tak de tempat. Gerai-gerai sekitarnya pun mungkin penuh giller!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 52